Blog Pemuda Merbok kini berpindah. Sila layari http://pemudamerbok.blogspot.com/

Posted in Uncategorized on 24 Julai 2010 by pemuda merbok

Blog Pemuda Merbok kini berwajah baru. Sila tinggalkan komen anda di http://pemudamerbok.blogspot.com/. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang kepada blog ini…

PENUBUHAN PENAJA PEMUDA UMNO CAWANGAN TAMAN LEMBAH BUJANG

Posted in Uncategorized on 28 Mei 2010 by pemuda merbok

Tarikh: 27 Mei 2010

Tempat: Dewan UMNO Cawangan Taman Lembah Bujang

PENTAS PEMUDA: Membongkar Dosa-Dosa PAS Kepada Rakyat

Posted in Pentas Pemuda on 23 Mei 2010 by pemuda merbok

22 Mei 2010 – Bertempat di Dewan UMNO Cawangan Rumah Murah Tanjung Dawai, Pentas Pemuda kali ini dibarisi oleh barisan panelis yang terdiri dari Ustaz Hj Mohd Affendi Yusoff (EXCO Pemuda UMNO Malaysia), Sdr Bassori Abu Hassan (KP UMNO Bhgn Jerai) dan Sdr Shaiful Hazizy Zainol Abidin (KP UMNO Bahagian Merbok merangkap SUK Pemuda UMNO Malaysia) telah mendedahkan isu-isu domestik dan kelemahan-kelamahan PAS. Pentas Pemuda siri kedua ini telah berjaya menarik ramai penonton yang terdiri dari penduduk-penduduk sekitar.

Turut sama hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Merbok, Dato’ Tajul Urus dan Datuk Zubir (Ketua Penerangan UMNO Bahagian Merbok).

KUNJUNGAN HORMAT PEMUDA BAHAGIAN MERBOK KE GIAT MARA MERBOK

Posted in Uncategorized on 16 Mei 2010 by pemuda merbok

16 Mei 2010 – Bertempat di Giat Mara Merbok, Bedong, perbincangan dua hala di antara Giat Mara yang dihadiri oleh Pengurusnya, Lt. Kolonel (B) Khairuddin dan Pemuda UMNO Bahagian Merbok yang diketuai oleh Ketua Pemuda Bahagian Merbok sendiri, Sdr Shaiful Hazizy Zainol Abidin bersama-sama barisan AJK Pemuda Bahagian iaitu Sdr Annuar Ahmad (NKP), Mostaffa Abd Hamid (S/U), Amir Tasyirul (AJK), Amirruzzaini (AJK), Zulfikri (AJK) & Noor Hilmi (AJK). Pertemuan dua pihak yang berlansung selama sejam setengah itu lebih menjurus kepada perbincangan untuk mengenalpasti peluang-peluang latihan dan kerjaya kepada golongan belia. Turut serta bersama dalam perbincangan tersebut adalah Puan Shaqirah Muin (Ketua Puteri Bahagian Merbok) dan Cik Sera (AJK Puteri).

PENYERAHAN BORANG KEAHLIAN BARU PEMUDA CAWANGAN CINTA SAYANG

Posted in Uncategorized on 15 Mei 2010 by pemuda merbok

15 Mei 2010 – Bertempat di Gelanggang Futsal Tmn Ria, seramai 81 ahli baru UMNO (51 Pemuda & 30 Putera) telah berjaya direkrut oleh Pemuda Cawangan Cinta Sayang yang diterajui oleh Sdr. Norrizuan Othman selaku Ketua Pemuda Cawangan tersebut.

Majlis dimulakan dengan konvoi 40 motosikal dengan membawa bendera UMNO dan Barisan Nasional sejauh 2 KM. Borang ahli-ahli baru tersebut telah diserahkan kepada Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah, Sdr. Badrol Hisham Hashim sambil disaksikan oleh Ketua Pemuda Bahagian Merbok selaku Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia, Sdr. Shaiful Hazizy Zainol Abidin. Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran Datuk Zubir (Ketua Penerangan UMNO Bahagian Merbok), Hj Tajiri Mat Daud (Ketua Cawangan Cinta Sayang) dan AJK Pemuda Bahagian serta AJK Cawangan. Selepas penyerahan borang-borang tersebut, majlis diteruskan dengan Persidangan Pemuda UMNO Cawangan Cinta Sayang.

KAROM DI CAWANGAN SG LALANG 2

Posted in Uncategorized on 15 Mei 2010 by pemuda merbok

“PELUANG KEDUA” UNTUK PARA PELAJAR LEPASAN SPM

Posted in Uncategorized on 6 Mei 2010 by pemuda merbok

6 Mei 2010 – Program menandatangani memorandum persefahaman Peluang Kedua Untuk Pelajar Lepasan SPM anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Merbok telah diadakan di SP Inn, Sg Petani. Memorandum tersebut telah ditandatangani di antara Pemuda Bahagian Merbok yang diketuai oleh Ketua Pemudanya, Sdr Shaiful Hazizy Zainol Abidin dengan 4 kolej iaitu Kolej Poly-Tech MARA, Kolej CQ-Tec, TEKAT Automotive Kolej dan Kolej Kejururawatan Pusrawi. Memorandum persefahaman ini adalah sebagai satu permulaan kerjasama yang baik di antara Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Merbok dengan kerjasama 4 kolej tersebut dalam usaha untuk kembali membuka peluang para pelajar di Parlimen Merbok yang telah gagal menempatkan diri mereka ke Institusi Pengajian Tinggi Awam.