Arkib untuk Oktober, 2009

NAJIB SELAMATKAN NYAWA UMAT ISLAM

Posted in Uncategorized on 28 Oktober 2009 by pemuda merbok

deputy_prime_minister_and_finance_minister_datuk_seri_najib_tun_abdul_razak_arrives_at_parliamentHari ini saya melaporkan kelegaan. Keganasan di sempadan Malaysia/Thailand yang berpunca dari pembunuhan lebih 200 umat islam di Tak Bai nampaknya akan menenemui jalan penyelesaiannya tidak lama lagi.

Pertemuan DS Najib dan Abisihit dalam sidang di Thailand baru-baru ini digunakan sepenuhnya oleh DS Najib untuk menamatkan konflik berdarah umat.

Mengikut kajian, kiranya krisis di selatan Thailand tidak di selesaikan dengan secepat mungkin, maka dikhuatiri seluruh rantau ASEAN akan menerima tempias besar. Keamanan tiada pasti wujud dan kestabilan bakal tergugat.

Konflik selatan Thailand dan krisis di iraq punyai motif cerita yang sama walaupun lokalitinya berbeza. Di Iraq, kumpulan penentang dari puak sunah dan pengikut setia bekas presiden Saddam Husin sering melakukan penentangan luarbiasa terhadap pimpinan nuri Al Maliki. Pemerintahan di Iraq adalah wajah boneka, merampas hak dan kedaulatan daripada sebuah negara yang berdaulat (saddam) atas nama memerangi keganasan.

Thaksin telah melakukan kesilapan. Dia punyai ego yang besar dan akhlaknya persis diktator antai Islam. Pembunuhan 2oo umat Islam di Tak Bai telah memula angkara. Berlarutan hingga ke hari ini.

DS Najib punyai visi untuk menyelamatkan nyawa umat Islam. Sepertimana aceh yang sebelum ini pernah bermandi darah yang akhirnya bisa mendapat status kerajaan autonomi, begitulah bisikan yang sama DS Najib ucapkan kepada Abishit. Perdana Menteri Thailand itu sedia melaksanakan saranan DS Najib. Pada Disember nanti dua perdana menteri ini akan turun ke selatan Thai. PULO nampaknya bersedia menerima cadangan besar ini. Insyaallah wilayah bergolak di selatan Thailand bakal mendapat kuasa autonomi, hasil usaha DS Najib sendiri !

Bila DS Najib memulakan langkah berani ini, aku teringat akan sikap p*r** Anwar Attaturk Ibrahim. Menyokong tindakan laskar Amarikan untuk menceroboh bumi Afghan dan Iraq atas dasar memerangi keganasan. Memang tak berguna manusia durjana ini !

Advertisements

Sempena 19 Tahun Pemerintahan TG Nik Aziz Di Kelantan

Posted in Uncategorized on 28 Oktober 2009 by pemuda merbok
21 Oktober 2009 genaplah 19 tahun pemerintahan TG Nik Aziz di Kelantan. Inilah juga merupakan penggal keempat TG Nik Aziz memegang pemerintahan Kelantan yang dikenali sebagai Serambi Mekah itu. Persoalannya, adakah betul negeri Kelantan telah membangun sebagai negeri Islam seperti yang dicanangkan atau adakah sekadar retorik pemimpin dan pengikut-pengikutnya sahaja? Lihatlah fakta-fakta di bawah:
1. Kalau betul-betul Kelantan merupakan negeri Serambi Mekah, kenapakah Kerajaan Negeri tidak pernah membina walau sebuahpun masjid di Kelantan. Masjid-masjid yang ada di Kelantan adalah ehsan dari Kerajaan BN yang lepas. Lebih memalukan, pembinaan masjid yang terbaru dibiayai oleh bekas Menteri dari Kerajaan BN. TG Nik Aziz sebagai Menteri Besar hanya datang untuk merasmikannya sahaja.

2. Kalau untuk membina masjid tiada peruntukan, kenapakah kerajaan negeri boleh menyumbang pembinaan perbagai kuil dan tokong di Kelantan sama ada yang berdiri, tidur, duduk dan telentang?

3. Tidak adakah salah laku atau kejadian menjolok mata di negeri Serambi Mekah ini? Adakah wajar Negeri Serambi Mekah dipenuhi dengan pusat-pusat gay dan lesbian? Anda tidak percaya? Silalah datang ke Kota Bharu dan melawatlah Jalan Tengku Putra Semarak. Ada boleh melakukan apa sahaja dengan pasangan masing-masing baik berlainan jantina atau sesama jantina di Kelab Gay dan Lesbian yang terdapat di situ, bermula jam 9.00 malam sehingga 3.00 pagi.

4. Oh ya dan yang terakhir, saya belajar Agama tidaklah sampai ke Universiti Al Azhar. Saya cuma ingin bertanya perlukah Negeri Serambi Mekah menjual arak secara berleluasa? Malah TG Nik Aziz pernah mengakui Kerajaan “Serambi Mekah” Kelantan tidak pernah mengharamkan penjualan arak di negeri tersebut.

Selamat menyambut ulang tahun pemerintahan Kelantan selama 19 tahun TG Nik Aziz. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Insyaallah.

Perasmian Pemuda Cawangan Taman Ria Jaya Fasa 2

Posted in Penubuhan/Pengaktifan on 25 Oktober 2009 by pemuda merbok

Pada malam 24 Oktober 2009, termaktub satu lagi lipatan sejarah untuk pemuda Tmn Ria Jaya fasa 2, di mana dengan kininya rasmilah penubuhan pemuda cawangan tersebut dengan usaha keras penajanya, bro Zaidi, dalam memperkasakan pemuda UMNO di kawasan zon Tmn Ria Jaya, di mana kawasan tersebut seperti yang sedia maklum, merupakan kubu kuat pihak pembangkang (PKR + PAS).

Atas kesedaran dalam misi menawan semula peti undi Tmn Ria Jaya (majoriti pengundi teramai di DUN Bkt Selambau), bro Zaidi & geng sedar akan tanggungjawab yang cukup berat dalam menggalas bebanan untuk mengembalikan keyakinan pengundi untuk kembali mempercayai parti Barisan Nasional.

Antara petikan ucapan dari sdr. Shaiful Hazizy, Ketua Pemuda Bhg Merbok merangkap SUK Pemuda UMNO Malaysia, pemuda perlulah bersifat lebih offensive dalam menangani isu domestik, tidak lagi bersikap bertahan dan menjawab/menafikan segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh parti pembangkang.

Upacara perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Merbok, Dato’ Hj Tajul Urus Bin Hj Mat Zin.

Sekalung tahniah untuk pemuda cawangan Tmn Ria Jaya Fasa 2!!

IMG_0777

IMG_0794

2

IMG_0787

1

IMG_0797

IMG_0798

DOA YANG TERMAKBUL…!!

Posted in Uncategorized on 24 Oktober 2009 by pemuda merbok

pecahpecah

Diberitakan selepas kepimpinan tertinggi Pas mengalami ‘krisis dalaman’, sayap parti itu, Dewan Pemuda Pas Pusat pula kini berhadapan dengan kepincangan dalam soal perjuangan parti di kalangan ahli-ahlinya.

Ketuanya, Nasrudin Hassan melalui blognya,
http://episodeperjuangan.blogspot.com/
menyifatkan ahli-ahli sayap parti itu kini bagaikan sudah hilang ‘umph’ kerana semangat perpaduan dan perjuangan demi agama di dalam diri masing-masing seakan menghilang.

“Sejak sekian lama, kini perjuangan kita seperti ketiadaan “umph”. Bertugas dan bekerja dengan hambar . Terkadang dihambat rasa letih dan bosan. Memang aneh cara kita berjemaah di zaman moden ini. Hilang ‘umph’ dan yang timbul adalah rasa curiga mencurigai antara satu sama lain.

“Suasana sentiasa tegang dan panas. Bila-bila masa boleh mencetus perbalahan. Masing-masing menunggu ‘tuning point’ sebagai masa nak bertindak,” katanya di dalam entri terbaru di dalam blognya itu. – Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1024&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm

Sementara itu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula masih tetap dengan pendiriannya dan berkata beliau sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika cadangannya supayaPAS mengadakan muktamar agung luar biasa boleh mencetuskan perpecahan di kalangan anggota partinya.

http://www.malaysiakini.com/news/115787

Begitu juga keadaannya dikalangan ahli PAS dan Blogger mereka. Mereka seakan pasrah dengan krisis dalaman partai kesayangan mereka sehingga ada juga yang teringin untuk meneruskan perjuagan mereka bersama DAP. ISHH..ISHHH..KESIANNYA….SUSAH-SUSAH MASUK AJE PARTI TUPPERWARE…!!!

http://singa-maraja.blogspot.com/2009/10/orang-pas-di-seru-masuk-dap.html

http://abnnasution.blogspot.com/2009/10/masuk-saja-dap.html

Terdapat juga yang merasa bahawa tindakan Tok Guru mereka betul cuma salah timing. SALAH TIMING APENYA…CUMA TOK GURU KAU TU DAH OVER-TIMING….KAH..KAH..KAH..!!!

http://penarikbeca.blogspot.com/2009/10/timing-tak-kena-tok-guru.html

Tapi lagi lucu ada yang benar-benar percaya terdapat dikalangan pemimpin PAS yang pro-UMNO…malah dianggap AJEN-AJEN UMNO dalam PAS. Woiii…autahlah lu…setahu penulis pemimpin-pemimpin PAS yang PRO-PERPADUAN tu adalah WARAS otaknya…kerana memikirkan survival AGAMA dan BANGSA bukan semata-mata survival PARTAI..!!

http://tukartiub.blogspot.com/2009/10/ajen-gerombolan-dalam-pas-hendak-di.html

Itulah dulu kerap sangat berdoa dan bermunajat untuk kemusnahan terhadap saudara seislam dalam UMNO. Tapi ALLAH s.w.t tu Maha Kaya..sebaliknya berlaku…UMNO kian tersusun ..kian teguh…kian kuat…!!!

Lihat apa yang nyata sekarang ialah doa mereka yang berjela-jela mungkin telah dimakbulkan kerana sebelum ini mereka yang mendoakan agar Umno BN berpecah.

PENULIS PERCAYA SETIAP DOA YANG TIDAK BAIK KEPADA SAUDARA SEAGAMA ITU AKAN KEMBALI KEPADA MEREKA SEMULA…

Muhyiddin: Bajet 2010 tindakan berani PM untuk faedah semua

Posted in Uncategorized on 23 Oktober 2009 by pemuda merbok

muhyiddin-yasin-4

KUALA LUMPUR 23 Okt. — Timbalan Perdana, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pembentangan Bajet 2010 sebagai inisiatif berani Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memastikan semua kelompok rakyat mendapat faedah daripadanya tanpa mengekang pertumbuhan ekonomi dalam keadaan ekonomi mencabar.

Beliau berkata, bajet bertemakan “1Malaysia, Kemakmuran Bersama” itu membuka ruang untuk pertumbuhan ekonomi negara dan mengurangkan jurang defisit yang semakin kritikal.

“Dalam situasi belanjawan yang agak terbatas ini, masih ada ruang untuk tingkatkan pertumbuhan daripada -3 peratus kepada 3 peratus iaitu peningkatan kira-kira 6 hingga 7 peratus dalam masa setahun.

“Bagi saya ini adalah tindakan berani dan kita yakin semua rakyat akan dapat faedah daripada bajet ini,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan Bajet 2010 oleh Najib di Dewan Rakyat hari ini. – Bernama

NIK AJIS TERUS DIDEWAKAN !

Posted in Uncategorized on 21 Oktober 2009 by pemuda merbok

King_Nik_zwanda_tuktuk
ni aku petik daripada web haprak-daily. penulisnya seorang penganalisa kangkung daripada kelantan. dia kata kelantan makin maju,dia kata ilmu nik ajis semakin hebat,dia kata tiada kemiskinan di kelantan, dia kata itu dia kata ini.klik disini
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22910&Itemid=1

membaca artikel tulisan beliau membuatkan aku menggegelengkan kepala. aku pernah hidup dalam lingkungan pentadbiran almarhom dato fadhil noor (alfatihah) tetapi proses kultus semenggila seperti tiada pernah berlaku sepanjang almarhum hidup hatta pasca almarhum meninggal.

perbandingan ilmu politik,jatidiri dan sifat negarawan almarhom dato fadhil noor jika dibandingkan dengan pemegang kunci sorga ini umpama langit dan bumi, umpama enggang dan pipit…jauh cukup jauh..bertaubatlah wahai ahli pas. kau menyebut nama rasulullah saw lebih mendatangkan pahala daripada kau menyerru-nyeru nama orang tua senile dari kelantan nih !

Bayi bersama tanda lahir ayat2 AlQuran yang berubah2 dua kali seminggu

Posted in Uncategorized on 20 Oktober 2009 by pemuda merbok

Untitled

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Subhanallah, satu lagi keajaiban telah ditunjukkan oleh Yang Maha mencipta. Di wilayah Dagestan, Russia, ada seorang bayi yang baru berusia 9 bulan, lahir bersama tanda lahir berupa ayat2 Quran dan hadith yang mengandungi nama Allah di bahagian2 tubuhnya.  Pada  mulanya keluar nama Allah di bahagian dagu sebaik sahaja budak lelaki itu lahir.

Kemudian muncul pula ayat2 itu di bahagian belakang badan, lengan, kaki dan perut. Di bahagian kaki pernah tertulis yang bermaksud “Allah pencipta segala sesuatu”. Yang mengujakan lagi ialah, tanda2 itu sentiasa berubah2, 2 kali seminggu. Seperti muncul ayat lain pula menggantikan ayat yang sedia ada. Budak yang bernama Ali Yakubov itu akan merasa tidak selesa ketika perubahan2 ayat itu berlaku dan akan menangis dan suhu badannya akan naik.

Pakar medik pun masih tidak dapat menjelaskan keadaan sedemikian. Walaupun begitu, mereka menafikan bahawa tulisan2 itu ditulis oleh manusia pada kulit.

Untitled

Ibunya yang bernama Madina, mengatakan bahawa mereka tidak yakin dengan agama Islam sebelum ini. Sehinggalah kepada kejadian kelahiran pada bayi mereka ini.

SUBHANALLAH …….

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur’an itu benar. Dan apakah Rabbmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?” Surah Fushshilat : Ayat 53