Arkib untuk November, 2009

Doa bala: Najib tidak akan desak Nik Aziz mohon maaf

Posted in Uncategorized on 30 November 2009 by pemuda merbok

PORT OF SPAIN, Nov 30 — Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak akan meminta Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memohon maaf berhubung hasrat Menteri Besar Kelantan itu berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan beliau dan UMNO jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.

Perdana menteri berkata Nik Abdul Aziz perlu sedar ramai umat Islam melihat kenyataannya (Nik Abdul Aziz) itu sebagai keterlaluan dan tidak melambangkan semangat keIslaman.

“Saya tidak faham mengapa perlu berdoa sedemikian sebab memang kita bagi wang ihsan kepada rakyat Kelantan.

“Apa juga nama yang diberi, royalti atau wang ihsan, jumlahnya tetap sama. Dan rakyat Kelantan yang akan terima, bukan kita akan guna untuk tujuan lain,” kata perdana mentri kepada wartawan Malaysia ketika ditanya mengenai perkara itu di sini Ahad.

Najib berkata sebelum ini pun kerajaan pusat memperuntukkan lebih RM7 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan untuk rakyat Kelantan walaupun negeri itu diterajui pihak lain.

“Jadi, macam mana pula mereka nak tuduh kita ni tidak adil dan sebagainya,” kata beliau yang berada di Port of Spain untuk menghadiri Sidang Kemuncak Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2009 yang berakhir Ahad.

Menurut Perdana Menteri, segala isu boleh dibincang untuk mencari jalan penyelesaian, dan bukannya digunakan untuk mencetus pergaduhan.

“Berbalah sesama sendiri merupakan sesuatu yang tidak diterima dalam Islam, begitu juga bila kita mengutuk orang lain tanpa asas,” kata Najib.  – Bernama

Majlis Qurban 2009 Anjuran Pemuda Bahagian Merbok

Posted in Qurban 2009 on 30 November 2009 by pemuda merbok

27-29 November 2009 : Hari Raya Qurban di Bahagian Merbok pada tahun ini diserikan dengan program-program penyembelihan lembu-lembu oleh Pemuda Bahagian dengan kerjasama penduduk setempat. Program-program tersebut dimulakan pada pagi sesudah selesainya solat sunat Hari Raya Aidil Adha di Cawangan Cinta Sayang (Tmn Ria) dan disudahi dengan jamuan tengahari setelah solat fardhu Jumaat. Pada Hari Raya Kedua pula, program ini disambung ke Kg. Jerai dengan penglibatan ramai dari pemuda dan ‘orang lama’ di kawasan tersebut. Program ini dipanjangkan lagi ke Hari Raya Ketiga, di mana kali ini giliran Cawangan Kg. Pasir pula menjadi tuan rumah.

Sambutan menggalakkan dari penduduk setempat ketika di ketiga-tiga program ini telah membuktikan bahawa dengan sokongan padu dari masyarakat dapat merealisasikan tuntutan agama dengan bersatu. Kesetiaan dan setiakawan sesama pemuda dan ‘orang lama’ dapat memperkasakan Islam di kawasan tersebut. Manakala sumbangan lembu-lembu dari Pemuda Bahagian adalah sebagai sumbangan khidmat kepada masyarakat dan bersedekah kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Program-program seperti ini akan dipanjangkan dari masa ke semasa dalam mendekati masyarakat dan akar umbi dalam kembali mengutuhkan Islam. Allahuakbar!!

Program TURBA

Posted in TURBA on 23 November 2009 by pemuda merbok

22 November 2009 – Program turun bawah (TURBA) anjuran KEMAS Parlimen Merbok, UMNO Bahagian Merbok (berserta sayap2) dan agensi2 & jabatan2 kerajaan seperti KEDA, Giat MARA, JKM, Belia & lain2 agensi, telah bersama2 turun mendekati rakyat dalam memberi bantuan kepada masyarakat setempat di Sg Deraka, Kg Huma dan Kg Nelayan, tidak kira apa ideologi politik masing2. Antara khidmat2 yg ditawarkan pada hari tersebut adalah seperti perkhidmatan servis motorsikal, resepi masakan ala barat, jahitan dan lain-lain lagi. Juga ditawarkan permohonan bantuan kepada golongan susah oleh JKM serta pendaftaran sebagai pemilih untuk dihantar ke SPR.

Dengan adanya program yang murni ini, diharap agar rakyat tidak ketinggalan dalam dasar kerajaan yang sentiasa membantu rakyat yang memerlukan serta tidak dilupakan.

Sekitar Seminar 1 Malaysia

Posted in Uncategorized on 21 November 2009 by pemuda merbok

Tarikh: 21 November 2009

Tempat: JKM, Sg. Petani, Kedah.

Speaker: Dato’ Hj. Shahlan

Sepak Takraw Muhibbah bersama Pemuda Tmn Ria Jaya Fasa 2 (21-Nov-09)

Posted in Sukan/Rekreasi on 21 November 2009 by pemuda merbok

SAMPAH!! Lagi2 sampah!! Buat rakyat menyampah…menyumpah!!

Posted in Isu Domestik on 11 November 2009 by pemuda merbok

Lagi citer pasai Kedah… kali ni MPSPK…
Sampah – seperti yg kita tau, salah satu punca datangnya penyakit. Tapi yg herannya, pihak MPSPK macam x kisah jer bila sampah2 dah bertimbunan di sekitar kawasan taman-taman di Sg Petani ni. Dahlah rakyat dikejutkan dengan banyak penyakit kronik yg banyak dok attack la ni, H1N1 la, Chikungunya la, dll lagi, puak MPSPK (sememangya dinaungi majoriti PKR + PAS) ni semakin nak buka jalan bagi penyakit2 ni attack masyarakat. Skarang ni dah la hujan tak menentu, banjir, panas bila2 masa ja.. takut2 nanti taun & the geng pulak bermaharajalela…

IMG0037A IMG0036A

dengan sengajanya ditunjukkan gambar tong sampah sekali dengan nombor tong tersebut. biar MPSPK tau yg tong2 ni sememangnya dalam kawasan depa, memang jadi tanggungjawab depa utk buang sampah tu. Puak MPSPK ni x sedar ka yg depa pun contribute sama dalam menentukan keselesaan rakyat. bukannya kaut projek rakyat pastu dok lena dibuai mimpi di rumah atau pi melancong!! dah la tekan rakyat dgn cukai pintu yg melampau, pastu dibiarkan sampah penuh tong sampai penduduk2 taman terpaksa bakar sampah yg berlebihan – cemar la pulak environment…

lantik sub-con yg x layak utk settelkan sampah2 di taman2… kejap kutip, kejap x… duit tibai, kerja x jugak2 jalan…

bolehlah dikatakan di sini, imej Pakatan Rakyat sememangnya menyerupai SAMPAH!! PAKATAN SAMPAH!! kami dah naik nyampah!!

Sumpah: Anwar vs. Dr. Asri

Posted in Uncategorized on 9 November 2009 by pemuda merbok