Arkib untuk Januari, 2010

Konvoi Pemuda Zon Sg Layar Ke Bahagian Baling-Kulim-Padang Serai

Posted in Uncategorized on 23 Januari 2010 by pemuda merbok

Konvoi Pemuda Bhgn bersama Pemuda Zon Sg Layar bermula jam 10 pagi, dilepas oleh Dato’ Zubir, Ketua Penerangan Bhgn Merbok merangkap Timbalan Penerangan UMNO Negeri Kedah & Sdr Shaiful Hazizy, Ketua Pemuda Bhgn Merbok merangkap SUK Pemuda UMNO Malaysia. Bertolak dari Amanjaya Bussiness Centre ke pit stop pertama di UMNO Kuala Ketil. Selepas bersarapan, konvoi bergerak ke Lata Sedim. Makan tengahari dan mandi di tempat rekreasi tersebut. Selepas itu konvoi bergerak ke Taman Perak, Padang Serai. Kacau dodol, bakar ayam dan taklimat bersama Ketua Bahagian & Ketua Pemuda. Kembali ke Sg Petani pada jam 6.30 petang.

Pemuda Turun Padang II

Posted in Pemuda "Turun Padang" on 18 Januari 2010 by pemuda merbok

16 Januari 2010 – Program Pemuda Turun Padang II telah berjaya dilangsungkan dengan penglibatan semua golongan muda & tua, di mana Kg Pokok Machang telah dipilih sebagai tuan rumah. Pelbagai program sampingan diadakan sebagai menaik taraf dari program Pemuda Turun Padang yang terdahulu. Di antaranya adalah bengkel servis motosikal oleh Giat Mara, pemeriksaan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan dan kaunter pendaftaran sebagai pemilih.

Istimewa pada program kali ini ialah Ketua UMNO Bahagian Merbok, Dato’ Tajul Urus dan Ketua Pemuda Bahagian Merbok, Sdr. Shaiful Hazizy, menaiki konvoi bermotosikal bersama-sama AJK Pemuda Bahagian dan pemuda cawangan masuk ke kampung dalam menyampaikan sumbangan kepada golongan penduduk miskin dan OKU.

Seperti program yang terdahulu, matlamat untuk mendekati rakyat tetap menjadi keutamaan dalam program ini. Program ini akan tetap diteruskan dalam memberi sedikit sebanyak bantuan kepada rakyat yang memerlukan.