Arkib untuk Mac, 2010

Program Juara Rakyat di UMNO Cawangan Tmn Ria Jaya Fasa 1

Posted in Juara Rakyat on 30 Mac 2010 by pemuda merbok

PENTAS PEMUDA: Pakatan Rakyat – Retak Menanti Belah

Posted in Pentas Pemuda on 29 Mac 2010 by pemuda merbok

28 Mac 2010 – Pentas Pemuda yang dianjurkan oleh Pemuda Bahagian Merbok dengan kerjasama Biro Penerangan Bahagian Merbok telah berjaya dilangsungkan di Dewan UMNO Cawangan Sungai Lalang dengan menarik ramai bilangan penduduk kawasan tersebut dan ahli-ahli UMNO cawangan sekitar Parlimen Merbok. Barisan panelis yang hebat dengan kupasan-kupasan isu semasa dalam menerang dan memperbetulkan tohmahan-tohmahan dari pihak pembangkang (Pakatan Rakyat) telas diterangkan dengan teliti oleh Sdr. Halim Tuah (Unit Pidato Pemuda UMNO Malaysia), Sdr. Nashrul Hisham (Unit Pidato Pemuda UMNO Malaysia), Sdr. Shaiful Hazizy (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok, Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia) dan pemidato utama, Sdr. Lokman Noor Adam (EXCO Pemuda UMNO Malaysia, bekas SU Pemuda Keadilan Malaysia & bekas Ahli Majlis Tertinggi Keadilan). Majlis juga telah disisip dengan penyampaian borang keahlian ahli baru UMNO yang diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Merbok, Dato’ Tajul Urus.

Program ini akan diteruskan lagi dari masa ke semasa dalam menangani isu-isu yang diketengahkan oleh pihak pembangkang. Syabas kepada semua yang hadir dan menjayakan program yang penuh bermakna ini. Hidup UMNO!!

Kejohanan Futsal Tertutup DUN Tg Dawai

Posted in Sukan/Rekreasi on 28 Mac 2010 by pemuda merbok

27 Mac, Kejohanan Tertutup Futsal peringkat DUN Tg Dawai telah berlangsung dengan meriah sekali dengan berjaya mengumpul penyertaan sebanyak 32 pasukan. Dijalankan dengan format liga kalah-mati, bermula seawal jam 9:00 pagi dan berakhir pada 6:30 petang. Dimenangi oleh pasukan Gracia A yang mengalahkan pasukan Haikal A. Tempat ketiga dimenangi oleh Gracia B dan tempat keempat oleh Sg Pial. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok, Sdr Annuar Ahmad.

Pemuda Prihatin

Posted in Lawatan kerja & Kebajikan on 27 Mac 2010 by pemuda merbok

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok yang juga merangkap sebagai Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia, Sdr Shaiful Hazizy, melawat keluarga pemuda cawangan Kg Rusa, Sdr Ishak. Beliau kini menderita penyakit kronik -barah tulang, dan mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang. Sdr Shaiful juga telah menyampaikan sumbangan keperluan harian & wang tunai.

SALAHKAH MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN NEGARA?

Posted in Uncategorized on 24 Mac 2010 by kerismenari

Assalamualaikum rakan yang saya hormati, terpanggil saya utk menulis perkara yang begitu dekat dihati saya iaitu perjuangan Alif, Baa, Taa…Asas dlm perjuangan PERKASA juga.

Kebelakangan ini saya lihat pelbagai tuduhan, cemuhan, tohmahan, makian dan kata-kata yg tidak enak didengar dilontarkan kepada PERKASA. Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh sesetengah golongan terhadap PERKASA bagi saya ianya dilihat sebagai satu cabaran, halangan serta asam garam dalam politik.

Mereka mengeluarkan kata-kata dimana PERKASA ini rasist dan haluan kanan dan sebagainya. Dalam hidup ini adalah mudah mencari kesalahan orang daripada melihat kesalahan diri sendiri. Ini cukup membimbangkan saya bila perjuangan untuk agama, bangsa dan negara adalah perjuangan setiap manusia pribumi untuk memastikan kuasa pribumi ini kekal untuk diwaris generasi yang akan datang. Jangan sampai kita terlalu memikirkan hak orang lain dan kehendak orang lain sehingga kita lupa pada hak dan kehendak orang-orang pribumi negara.

Perkara begini amat membimbangi pihak saya kerana kebelakangan ini asakan-asakan kaum-kaum lain cukup tinggi, adakah kita hanya akan berserah dan akhirnya apa yang ada pun sedikit demi sedikit akan terhakis. Perkara ini benar-benar sudah berlaku, adakah sesetengah pihak hanya menutup sebelah mata dan buat seperti perkara ini tidak penting. Nyata dan jelas keresahan orang-orang pribumi negara sudah terdetik didalam hati kecil mereka untuk memastikan HAK Mutlak Pribumi di pertahankan.

Dalam ertikata ini PERKASA khususnya dilahirkan utk memastikan PERLEMBAGAAN NEGARA dihormati oleh semua masyarakat dan rakyat. Soalannya disini Adakah mempertahankan PERLEMBAGAAN NEGARA DIKATAKAN HALUAN KANAN DAN RACIST ( PERKAUMAN). Seharusnya rakan-rakan diluar sana harus menilai secara matang mengenai perkara ini. PERKASA hanya mahukan Perlembagaan Negara Dihormati terutama fasal-fasal yang berkenaan dengan Pribumi Negara. Adakah perkara yang saya nyatakan dibawah ini dikatakan Racist dan haluan kanan:

1. Hak-hak Keistimewaan,Kedudukan dan kemulian Orang-orang Melayu kekal.
2. Kebesaran Raja-Raja Melayu dipertahankan
3. Pertahankan Agama Islam kekal Sebagai Agama Persekutuan
4. Bahasa Melayu kekal Sebagai Bahasa Kebangsaan.

Ni sebahagian daripada perjuangan PERKASA.Rakan-rakan harus faham PERKASA mempertahankan perlembagaan negara, dalam ertikata sebenar PERKASA mempertahankan kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kepentingan SAH kaum-kaum lain mengikut perlembagaan Negara. Soalan saya mudah adakah mempertahankan PERLEMBAGAAN NEGARA dianggap Racist dan Haluan kanan, cuba rakan-rakan nilaikan.

Justeru itu, jika sesetangah pihak yang tidak melihat dan menkaji perkara ini secara matang akan hanya menyebabkan perpecahan bukan sahaja antara kaum-kaum pribumi malah akan wujud perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

Negara kita akan menuju kehadapan dan terus berjaya jika Perlembagaan Negara dihormati oleh semua kaum dinegara kita. Maka bagi saya secara peribadi adalah menjadi tanggungjawab seluruh warganegara Malaysia untuk mempertahankan Perlembagaan Negara dan menghormati Perlembagaan Negara .

Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak SAH mereka kerana HAK-HAK tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang tubuh negeri-negeri Di Malaysia yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan.

Saya dengan ini mengharapkan penjelasan dan menegas disini PERKASA bukan RACIST dan HALUAN KANAN seperti yang digembar-gemburkan oleh orang yang tidak memahami Perlembagan Negara. Disini saya secara peribadi berharap segala kekeliruan berhubung PERKASA dikalangan Rakyat Jelata akan dibendung dan akan wujud satu suasana, aman, harmoni dan sikap saling hormat-menghormati dikalangan rakyat Malaysia akan terus dapat diwujudkan demi ketenteraman negara.

Disini ingin saya nyatakan kepada rakan-rakan diluar sana Teruskan Agenda Transformasi Penyatuan dimana bila kaum Pribumi Bersatu, kaum-kaum lain akan menghormati kita atas dasar Perlembagaan Negara Malaysia.

Maka PERKASA Bukan Pertubuhan Racist dan Haluan Kanan , Kerana Mempertahankan ‘ Perlembagaan Negara ” Adalah tanggungjawab seluruh warganegara Malaysia..Kepada Wira-wira Perkasa Seluruh Negara Teruskan perjuangan dan laungkan ” H.O.M’ dengan penuh rasa bangga dan hormat..Kerana perjuangan kita belum selesai..wasalam

Yang Sayangkan Perlembagaan Negara!

Arman Azha Hj Abu Hanifah
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Dipetik Drp HPK

Lawatan NKP Bahagian Merbok ke Zon Bujang

Posted in Lawatan kerja & Kebajikan on 22 Mac 2010 by pemuda merbok

21 mac 2010 – Lawatan Sdr. Annuar, NKP Bahagian Merbok, ke padang bolasepak yg digunakan oleh pemuda2 di 3 cawangan (Caw Kuala Segantang Garam, Segantang Garam & Sg Gelam) disamping mengenalpasti masalah pemuda/belia, beliau sempat beramah mesra dengan golongan kanak2 kecil di kawasan tersebut. Beliau juga telah menyampaikan sumbangan peralatan sukan kepada ketua pemuda Sg Gelam, Sdr. Ishak &  Segantang Garam- Sdr. Hasan.

Lawatan ke caw Jilid 8 (Bujang) – Sdr. Annuar menyampaikan sumbangan peralatan sukan kpd Ketua Caw, Hj Abdullah (Pak Lah Johan) & diiringi oleh KP caw tersebut, Sdr Mahadzir & KP Pengkalan Langgar, Sdr. Megat serta pemuda2 caw tersebut.

Lawatan Sdr Annuar ke pdg bolasepak Caw Telok Che Lela. Ketua Cawangan, Jid, menyampaikan sumbangan peralatan sukan kpd pemuda caw tersebut. Walaupun berlainan ideologi politik, tetapi pemuda masih terus menyumbang kepada semua golongan rakyat terutamanya golongan pemuda, tanpa mengira fahaman politik. Daripada maklumat pemuda di sini, pihak parti PAS tidak mengambil peduli permasalahan pemuda di sini. Sukan boleh menyatukan masyarakat!!

Sdr. Annuar menyampaikan alat sukan kpd KP caw Pekan Sebelah, Sdr. Khairul.

Futsal Tertutup Zon Bukit Selambau

Posted in Sukan/Rekreasi on 21 Mac 2010 by pemuda merbok

21 Mac 2010 – Kejohanan Futsal Tertutup Zon Bukit Selambau telah berjaya dilangsungkan di Gelanggang Futsal Pokok Machang, dirasmikan oleh KP Bahagian, Sdr Shaiful Hazizy. Telah menarik minat sebanyak 12 pasukan dari kawasan serantau (15 cawangan). Format pertandingan dijalankan secara liga dan dimenangi oleh Kg Kuala Sin, tempat kedua Kg Perak, ketiga & keempat disandang oleh Kg Setoi. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh SU Bahagian, En Ramli Karim.