PENYERAHAN BORANG KEAHLIAN BARU PEMUDA CAWANGAN CINTA SAYANG

15 Mei 2010 – Bertempat di Gelanggang Futsal Tmn Ria, seramai 81 ahli baru UMNO (51 Pemuda & 30 Putera) telah berjaya direkrut oleh Pemuda Cawangan Cinta Sayang yang diterajui oleh Sdr. Norrizuan Othman selaku Ketua Pemuda Cawangan tersebut.

Majlis dimulakan dengan konvoi 40 motosikal dengan membawa bendera UMNO dan Barisan Nasional sejauh 2 KM. Borang ahli-ahli baru tersebut telah diserahkan kepada Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah, Sdr. Badrol Hisham Hashim sambil disaksikan oleh Ketua Pemuda Bahagian Merbok selaku Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia, Sdr. Shaiful Hazizy Zainol Abidin. Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran Datuk Zubir (Ketua Penerangan UMNO Bahagian Merbok), Hj Tajiri Mat Daud (Ketua Cawangan Cinta Sayang) dan AJK Pemuda Bahagian serta AJK Cawangan. Selepas penyerahan borang-borang tersebut, majlis diteruskan dengan Persidangan Pemuda UMNO Cawangan Cinta Sayang.

Tinggalkan komen