Archive for the Isu Domestik Category

SAMPAH!! Lagi2 sampah!! Buat rakyat menyampah…menyumpah!!

Posted in Isu Domestik on 11 November 2009 by pemuda merbok

Lagi citer pasai Kedah… kali ni MPSPK…
Sampah – seperti yg kita tau, salah satu punca datangnya penyakit. Tapi yg herannya, pihak MPSPK macam x kisah jer bila sampah2 dah bertimbunan di sekitar kawasan taman-taman di Sg Petani ni. Dahlah rakyat dikejutkan dengan banyak penyakit kronik yg banyak dok attack la ni, H1N1 la, Chikungunya la, dll lagi, puak MPSPK (sememangya dinaungi majoriti PKR + PAS) ni semakin nak buka jalan bagi penyakit2 ni attack masyarakat. Skarang ni dah la hujan tak menentu, banjir, panas bila2 masa ja.. takut2 nanti taun & the geng pulak bermaharajalela…

IMG0037A IMG0036A

dengan sengajanya ditunjukkan gambar tong sampah sekali dengan nombor tong tersebut. biar MPSPK tau yg tong2 ni sememangnya dalam kawasan depa, memang jadi tanggungjawab depa utk buang sampah tu. Puak MPSPK ni x sedar ka yg depa pun contribute sama dalam menentukan keselesaan rakyat. bukannya kaut projek rakyat pastu dok lena dibuai mimpi di rumah atau pi melancong!! dah la tekan rakyat dgn cukai pintu yg melampau, pastu dibiarkan sampah penuh tong sampai penduduk2 taman terpaksa bakar sampah yg berlebihan – cemar la pulak environment…

lantik sub-con yg x layak utk settelkan sampah2 di taman2… kejap kutip, kejap x… duit tibai, kerja x jugak2 jalan…

bolehlah dikatakan di sini, imej Pakatan Rakyat sememangnya menyerupai SAMPAH!! PAKATAN SAMPAH!! kami dah naik nyampah!!

Advertisements

PROJEK TERBENGKALAI: JALAN DIKOREK, PERHUBUNGAN TERPUTUS

Posted in Isu Domestik on 9 November 2009 by pemuda merbok

Apa nak jadi dengan Kedah la nie. Perhubungan jalanraya kini terputus dek kebodohan pemerintahan Pakatan Rakyat (PAS) dalam pengurusan pembaikpulih prasarana yang sedia ada. Asalnya, projek tersebut adalah untuk memperbesarkan saliran sedia ada yang sempit – menyebabkan takungan air yang banyak dan agak dalam ketika hujan lebat, serta membahayakan pengguna-pengguna laluan tersebut. Setelah pihak kilang2 dan penduduk setempat membuat aduan untuk membaikpulih saliran di laluan tersebut, akhirnya kelulusan diperolehi dari MIDA (dibawah MITI), yang mengarahkan pihak yang bertanggungjawab iaitu PKNK – seperti yang diketahui umum, dikendalikan sepenuhnya oleh PAS – untuk melaksanakan projek pembaikpulih saliran tersebut.

IMG0046A IMG0049A IMG0048A IMG0054A

Isu ini sekali lagi di”highlight”kan ketika Timbalan MITI, Dato’ Mukhriz Tun Mahathir melakukan perjumpaan dengan wakil2 industri di KISMEC baru-baru ni. Hasilnya, melalui MIDA, peruntukan projek tersebut telahpun diluluskan – hanya tunggu PKNK sahaja untuk melaksanakannya.

Kini, warga2 kilang yang majoriti menggunakan laluan tersebut terpaksa menggunakan laluan alternatif lain (lebih kurang 1km jaraknya). Ianya cukup-cukup menyusahkan dimana laluan yang tak sampai 2 minit sebelumnya untuk warga kilang ke tempat kerja, kini ditambah dengan terpaksa pusing 1 km untuk ke tempat kerja. Laluan tersebut akan menjadi lebih sesak ketika warga kilang masuk kerja & keluar pulang ke rumah.

IMG0056A

Sehingga artikel ini ditulis, projek tersebut telahpun terbengkalai selama 13 bulan… Inilah nasib rakyat Kedah apabila “nak try” depa tengok untuk satu penggal…