Archive for the Pemuda "Turun Padang" Category

Pemuda Turun Padang II

Posted in Pemuda "Turun Padang" on 18 Januari 2010 by pemuda merbok

16 Januari 2010 – Program Pemuda Turun Padang II telah berjaya dilangsungkan dengan penglibatan semua golongan muda & tua, di mana Kg Pokok Machang telah dipilih sebagai tuan rumah. Pelbagai program sampingan diadakan sebagai menaik taraf dari program Pemuda Turun Padang yang terdahulu. Di antaranya adalah bengkel servis motosikal oleh Giat Mara, pemeriksaan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan dan kaunter pendaftaran sebagai pemilih.

Istimewa pada program kali ini ialah Ketua UMNO Bahagian Merbok, Dato’ Tajul Urus dan Ketua Pemuda Bahagian Merbok, Sdr. Shaiful Hazizy, menaiki konvoi bermotosikal bersama-sama AJK Pemuda Bahagian dan pemuda cawangan masuk ke kampung dalam menyampaikan sumbangan kepada golongan penduduk miskin dan OKU.

Seperti program yang terdahulu, matlamat untuk mendekati rakyat tetap menjadi keutamaan dalam program ini. Program ini akan tetap diteruskan dalam memberi sedikit sebanyak bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

Advertisements

Mesyuarat Perancangan Program “Pemuda Turun Padang”

Posted in Pemuda "Turun Padang" on 13 Disember 2009 by pemuda merbok

Tarikh: 11-12-2009

Tempat: Cawangan Kg Pokok Machang, Bkt Selambau

“PEMUDA TURUN PADANG”: Zon Sg. Layar

Posted in Pemuda "Turun Padang" on 1 November 2009 by pemuda merbok

1 November 2009, Sg. layar – Program “Pemuda Turun Padang” yang diketuai oleh Ketua Pemuda Bahagian Merbok, Sdr. Shaiful Hazizy, bersama-sama barisan AJK Pemuda Bahagian dan juga pemuda-pemuda cawangan Zon Sg Layar, telah turun mendekati rakyat dengan bermotor ke dalam kampung-kampung zon Sg Layar dengan menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada golongan miskin tegar dan OKU di kawasan tersebut. Pelancaran majlis tersebut dimulakan pada seawal pagi dengan perlepasan pemuda bermotor yang diketuai oleh Ketua Pemuda Bahagian Merbok sendiri masuk menjelajah ke kampung-kampung dalam mendekati rakyat yang ditimpa kesusahan. Program murni ini berakhir pada jam 2 petang dengan kata-kata perangsang oleh YBhg. Dato’ Tajul Urus, selaku Ketua UMNO Bahagian Merbok merangkap Penyelaras Parlimen Merbok. Aktiviti-aktiviti seperti mendekati rakyat ini akan diteruskan ke seluruh DUN-DUN dalam Parlimen Merbok sejajar dengan slogan 1 Malaysia: Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Image398

“1 Malaysia, uncle…”

Image393

“Makcik, yang ni dari Pemuda Bahagian Merbok…”

“Laa..ish, baguih jugak budak2 UMNO ni noo…”

Image406

“Tok, ni cucu hulurkan sumbangan untuk ringankan beban tok noo…”

Image395

“Ingatlah pakcik, len kali jangan dok pangkah Pakatan Rakyat!! Inilah akibatnya…”

“Baiklah cu…”

Image421

Melihat tapak projek pembinaan titi sungai Kg Teluk

Image416

“Rileks dulu bro… Kita minum dulu!!”

Image415 Image396 Image401 Image399 Image411 Image418 Image417 Image420 Image419 Image392