Archive for the Pentas Pemuda Category

PENTAS PEMUDA: Membongkar Dosa-Dosa PAS Kepada Rakyat

Posted in Pentas Pemuda on 23 Mei 2010 by pemuda merbok

22 Mei 2010 – Bertempat di Dewan UMNO Cawangan Rumah Murah Tanjung Dawai, Pentas Pemuda kali ini dibarisi oleh barisan panelis yang terdiri dari Ustaz Hj Mohd Affendi Yusoff (EXCO Pemuda UMNO Malaysia), Sdr Bassori Abu Hassan (KP UMNO Bhgn Jerai) dan Sdr Shaiful Hazizy Zainol Abidin (KP UMNO Bahagian Merbok merangkap SUK Pemuda UMNO Malaysia) telah mendedahkan isu-isu domestik dan kelemahan-kelamahan PAS. Pentas Pemuda siri kedua ini telah berjaya menarik ramai penonton yang terdiri dari penduduk-penduduk sekitar.

Turut sama hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Merbok, Dato’ Tajul Urus dan Datuk Zubir (Ketua Penerangan UMNO Bahagian Merbok).

Advertisements

PENTAS PEMUDA: Pakatan Rakyat – Retak Menanti Belah

Posted in Pentas Pemuda on 29 Mac 2010 by pemuda merbok

28 Mac 2010 – Pentas Pemuda yang dianjurkan oleh Pemuda Bahagian Merbok dengan kerjasama Biro Penerangan Bahagian Merbok telah berjaya dilangsungkan di Dewan UMNO Cawangan Sungai Lalang dengan menarik ramai bilangan penduduk kawasan tersebut dan ahli-ahli UMNO cawangan sekitar Parlimen Merbok. Barisan panelis yang hebat dengan kupasan-kupasan isu semasa dalam menerang dan memperbetulkan tohmahan-tohmahan dari pihak pembangkang (Pakatan Rakyat) telas diterangkan dengan teliti oleh Sdr. Halim Tuah (Unit Pidato Pemuda UMNO Malaysia), Sdr. Nashrul Hisham (Unit Pidato Pemuda UMNO Malaysia), Sdr. Shaiful Hazizy (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok, Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia) dan pemidato utama, Sdr. Lokman Noor Adam (EXCO Pemuda UMNO Malaysia, bekas SU Pemuda Keadilan Malaysia & bekas Ahli Majlis Tertinggi Keadilan). Majlis juga telah disisip dengan penyampaian borang keahlian ahli baru UMNO yang diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Merbok, Dato’ Tajul Urus.

Program ini akan diteruskan lagi dari masa ke semasa dalam menangani isu-isu yang diketengahkan oleh pihak pembangkang. Syabas kepada semua yang hadir dan menjayakan program yang penuh bermakna ini. Hidup UMNO!!