Archive for the Penubuhan/Pengaktifan Category

Perasmian Pemuda Cawangan Taman Ria Jaya Fasa 2

Posted in Penubuhan/Pengaktifan on 25 Oktober 2009 by pemuda merbok

Pada malam 24 Oktober 2009, termaktub satu lagi lipatan sejarah untuk pemuda Tmn Ria Jaya fasa 2, di mana dengan kininya rasmilah penubuhan pemuda cawangan tersebut dengan usaha keras penajanya, bro Zaidi, dalam memperkasakan pemuda UMNO di kawasan zon Tmn Ria Jaya, di mana kawasan tersebut seperti yang sedia maklum, merupakan kubu kuat pihak pembangkang (PKR + PAS).

Atas kesedaran dalam misi menawan semula peti undi Tmn Ria Jaya (majoriti pengundi teramai di DUN Bkt Selambau), bro Zaidi & geng sedar akan tanggungjawab yang cukup berat dalam menggalas bebanan untuk mengembalikan keyakinan pengundi untuk kembali mempercayai parti Barisan Nasional.

Antara petikan ucapan dari sdr. Shaiful Hazizy, Ketua Pemuda Bhg Merbok merangkap SUK Pemuda UMNO Malaysia, pemuda perlulah bersifat lebih offensive dalam menangani isu domestik, tidak lagi bersikap bertahan dan menjawab/menafikan segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh parti pembangkang.

Upacara perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Merbok, Dato’ Hj Tajul Urus Bin Hj Mat Zin.

Sekalung tahniah untuk pemuda cawangan Tmn Ria Jaya Fasa 2!!

IMG_0777

IMG_0794

2

IMG_0787

1

IMG_0797

IMG_0798