Archive for the Qurban 2009 Category

Majlis Qurban 2009 Anjuran Pemuda Bahagian Merbok

Posted in Qurban 2009 on 30 November 2009 by pemuda merbok

27-29 November 2009 : Hari Raya Qurban di Bahagian Merbok pada tahun ini diserikan dengan program-program penyembelihan lembu-lembu oleh Pemuda Bahagian dengan kerjasama penduduk setempat. Program-program tersebut dimulakan pada pagi sesudah selesainya solat sunat Hari Raya Aidil Adha di Cawangan Cinta Sayang (Tmn Ria) dan disudahi dengan jamuan tengahari setelah solat fardhu Jumaat. Pada Hari Raya Kedua pula, program ini disambung ke Kg. Jerai dengan penglibatan ramai dari pemuda dan ‘orang lama’ di kawasan tersebut. Program ini dipanjangkan lagi ke Hari Raya Ketiga, di mana kali ini giliran Cawangan Kg. Pasir pula menjadi tuan rumah.

Sambutan menggalakkan dari penduduk setempat ketika di ketiga-tiga program ini telah membuktikan bahawa dengan sokongan padu dari masyarakat dapat merealisasikan tuntutan agama dengan bersatu. Kesetiaan dan setiakawan sesama pemuda dan ‘orang lama’ dapat memperkasakan Islam di kawasan tersebut. Manakala sumbangan lembu-lembu dari Pemuda Bahagian adalah sebagai sumbangan khidmat kepada masyarakat dan bersedekah kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Program-program seperti ini akan dipanjangkan dari masa ke semasa dalam mendekati masyarakat dan akar umbi dalam kembali mengutuhkan Islam. Allahuakbar!!

Advertisements