Archive for the Sukan/Rekreasi Category

Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah 2010 1 Malaysia Piala Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah

Posted in Sukan/Rekreasi on 19 April 2010 by pemuda merbok

18 April 2010 –  Bertempat di padang Thye Eng, Bedong telah berlangsung Kejohanan Bolasepak Terbuka (1 Malaysia) Piala Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Merbok dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Kawasan Merbok. Sebanyak 42 pasukan telah menyertai kejohanan tersebut. Johan, pasukan Sg Lalang Group, telah menerima hadiah berupa piala dan wang sebanyak RM1,500. Naib juara, pasukan Anjung Budi menerima piala dan wang tunai sebanyak Rm1,000, tempat ketiga disandang oleh S Bar FC (piala dan RM850) dan Kerkau FC (Kg Perak) telah menerima habuan sebanyak RM550 beserta piala. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Sdr. Khairul, Ketua Pemuda Bahagian Baling merangkap Pengerusi Belia 4B Negeri Kedah dan Pegawai Khas kepada Dato’ Aziz (Ketua Bahagian Baling).

Kejohanan Bowling Tertutup 2010

Posted in Sukan/Rekreasi on 18 April 2010 by pemuda merbok

17 April 2010 – Kejohanan Bowling Tertutup anjuran bersama Gerakan Belia 4B Kawasan Merbok dan Komuniti Bestari Parlimen Merbok dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Kuala Muda diadakan di Sejati Bowl (Pak Avenue) telah berjaya mengumpulkan sebanyak 60 penyertaan dari kalangan belia di dalam kawasan Merbok. Hadiah-hadiah merupakan hamper kepada 4 pasukan pemenang dan juga 5 hamper sebagai pemenang kategori individu kepada lelaki dan wanita. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Naib Ketua Pemuda Bahagian Merbok, Sdr. Annuar Ahmad dan Sdr. Hashim Abdullah, wakil kepada Komuniti Bestari Parlimen Merbok.

Berikut adalah senarai pemenang-pemenang:

Individu Lelaki

1. Hassan        529

2. Jalil              510

3. AbgDet       449

4. Rusmaini   443

5. Ket               440

Individu Wanita

1. Rosmah (SB)    473

2. Suriza                 450

3. Habia                  410

4. Anum                 404

5. Nana                   373

Kategori Kumpulan

1. Lane 3                1562

2. Lane 13             1550

3. Lane 4                1539

4. Lane 5                1506

Kejohanan Futsal Tertutup DUN Tg Dawai

Posted in Sukan/Rekreasi on 28 Mac 2010 by pemuda merbok

27 Mac, Kejohanan Tertutup Futsal peringkat DUN Tg Dawai telah berlangsung dengan meriah sekali dengan berjaya mengumpul penyertaan sebanyak 32 pasukan. Dijalankan dengan format liga kalah-mati, bermula seawal jam 9:00 pagi dan berakhir pada 6:30 petang. Dimenangi oleh pasukan Gracia A yang mengalahkan pasukan Haikal A. Tempat ketiga dimenangi oleh Gracia B dan tempat keempat oleh Sg Pial. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok, Sdr Annuar Ahmad.

Futsal Tertutup Zon Bukit Selambau

Posted in Sukan/Rekreasi on 21 Mac 2010 by pemuda merbok

21 Mac 2010 – Kejohanan Futsal Tertutup Zon Bukit Selambau telah berjaya dilangsungkan di Gelanggang Futsal Pokok Machang, dirasmikan oleh KP Bahagian, Sdr Shaiful Hazizy. Telah menarik minat sebanyak 12 pasukan dari kawasan serantau (15 cawangan). Format pertandingan dijalankan secara liga dan dimenangi oleh Kg Kuala Sin, tempat kedua Kg Perak, ketiga & keempat disandang oleh Kg Setoi. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh SU Bahagian, En Ramli Karim.

Kejohanan Futsal Tertutup Pemuda Zon Tmn Ria-Sg Lalang

Posted in Sukan/Rekreasi on 20 Mac 2010 by pemuda merbok

Sabtu, 20 Mac 2010 – Kejohanan Futsal Tertutup Pemuda Zon Tmn Ria-Sg Lalang yang berlangsung dengan meriahnya di Gelanggang Futsal Tmn Ria telah mendapat penyertaan sebanyak 26 pasukan di kalangan pemuda zon tersebut. Dirasmikan oleh Sdr. Shaiful Hazizy, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok merangkap SUK Pemuda UMNO pada sebelah pagi dan penyampian hadiah telah berjaya dilangsungkan pada petangnya.

Kejohanan tersebut telah dimenangi oleh pasukan Desa Aman FC yang mengalahkan Blalang FC 1-0. Tempat ketiga diraih oleh Cheroy FC, manakala tempat keempat dimenangi oleh Petua Trang Tang-tang.

Disamping berlangsungnya kejohanan tersebut, terdapat juga kaunter Daftar Pemilih dan penambahan ahli baru pemuda UMNO.

Kejohanan tersebut turut diserikan dengan kehadiran Ketua UMNO Bahagian Merbok, Dato’ Tajul Urus, yang turut serta menyaksikan kejohanan tersebut.

Sepak Takraw Muhibbah bersama Pemuda Tmn Ria Jaya Fasa 2 (21-Nov-09)

Posted in Sukan/Rekreasi on 21 November 2009 by pemuda merbok