Archive for the TURBA Category

Program TURBA

Posted in TURBA on 23 November 2009 by pemuda merbok

22 November 2009 – Program turun bawah (TURBA) anjuran KEMAS Parlimen Merbok, UMNO Bahagian Merbok (berserta sayap2) dan agensi2 & jabatan2 kerajaan seperti KEDA, Giat MARA, JKM, Belia & lain2 agensi, telah bersama2 turun mendekati rakyat dalam memberi bantuan kepada masyarakat setempat di Sg Deraka, Kg Huma dan Kg Nelayan, tidak kira apa ideologi politik masing2. Antara khidmat2 yg ditawarkan pada hari tersebut adalah seperti perkhidmatan servis motorsikal, resepi masakan ala barat, jahitan dan lain-lain lagi. Juga ditawarkan permohonan bantuan kepada golongan susah oleh JKM serta pendaftaran sebagai pemilih untuk dihantar ke SPR.

Dengan adanya program yang murni ini, diharap agar rakyat tidak ketinggalan dalam dasar kerajaan yang sentiasa membantu rakyat yang memerlukan serta tidak dilupakan.