Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah 2010 1 Malaysia Piala Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah

Posted in Sukan/Rekreasi on 19 April 2010 by pemuda merbok

18 April 2010 –  Bertempat di padang Thye Eng, Bedong telah berlangsung Kejohanan Bolasepak Terbuka (1 Malaysia) Piala Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Merbok dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Kawasan Merbok. Sebanyak 42 pasukan telah menyertai kejohanan tersebut. Johan, pasukan Sg Lalang Group, telah menerima hadiah berupa piala dan wang sebanyak RM1,500. Naib juara, pasukan Anjung Budi menerima piala dan wang tunai sebanyak Rm1,000, tempat ketiga disandang oleh S Bar FC (piala dan RM850) dan Kerkau FC (Kg Perak) telah menerima habuan sebanyak RM550 beserta piala. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Sdr. Khairul, Ketua Pemuda Bahagian Baling merangkap Pengerusi Belia 4B Negeri Kedah dan Pegawai Khas kepada Dato’ Aziz (Ketua Bahagian Baling).

Advertisements

Pemuda Prihatin: Kawasan sekitar DUN Tanjung Dawai

Posted in Uncategorized on 18 April 2010 by pemuda merbok

Tarikh: 18 April 2010

Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok, Sdr Annuar Ahmad melawat golongan rakyat yang menderita akibat penyakit kronik dan kesempitan hidup. Turut serta adalah Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Sdr Fuad dan Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Merbok, Sdr Mustafa Abd Hamid.

Melawat Sdr Omar Desa di pekan Merbok yg menderita akibat sakit jantung dan bapanya mengalami strok.

Melawat Sdr Romli Bin Chin dari Simpang Kuchai Bukit Inas yang disuspek dijangkiti TB

Melawat Sdr Roslan Ismail di Kg Huma, Tg Dawai yg merupakan bapa tunggal yg kini menanggung 5 anak kecil. Isterinya meninggal akibat jangkitan kuman.

Melawat Sdr Ahmad bin Awang di Kg Simpang Tiga Pasir di mana isterinya menderita akibat strok.

Kejohanan Bowling Tertutup 2010

Posted in Sukan/Rekreasi on 18 April 2010 by pemuda merbok

17 April 2010 – Kejohanan Bowling Tertutup anjuran bersama Gerakan Belia 4B Kawasan Merbok dan Komuniti Bestari Parlimen Merbok dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Kuala Muda diadakan di Sejati Bowl (Pak Avenue) telah berjaya mengumpulkan sebanyak 60 penyertaan dari kalangan belia di dalam kawasan Merbok. Hadiah-hadiah merupakan hamper kepada 4 pasukan pemenang dan juga 5 hamper sebagai pemenang kategori individu kepada lelaki dan wanita. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Naib Ketua Pemuda Bahagian Merbok, Sdr. Annuar Ahmad dan Sdr. Hashim Abdullah, wakil kepada Komuniti Bestari Parlimen Merbok.

Berikut adalah senarai pemenang-pemenang:

Individu Lelaki

1. Hassan        529

2. Jalil              510

3. AbgDet       449

4. Rusmaini   443

5. Ket               440

Individu Wanita

1. Rosmah (SB)    473

2. Suriza                 450

3. Habia                  410

4. Anum                 404

5. Nana                   373

Kategori Kumpulan

1. Lane 3                1562

2. Lane 13             1550

3. Lane 4                1539

4. Lane 5                1506

Program Juara Rakyat di UMNO Cawangan Tmn Ria Jaya Fasa 1

Posted in Juara Rakyat on 30 Mac 2010 by pemuda merbok

PENTAS PEMUDA: Pakatan Rakyat – Retak Menanti Belah

Posted in Pentas Pemuda on 29 Mac 2010 by pemuda merbok

28 Mac 2010 – Pentas Pemuda yang dianjurkan oleh Pemuda Bahagian Merbok dengan kerjasama Biro Penerangan Bahagian Merbok telah berjaya dilangsungkan di Dewan UMNO Cawangan Sungai Lalang dengan menarik ramai bilangan penduduk kawasan tersebut dan ahli-ahli UMNO cawangan sekitar Parlimen Merbok. Barisan panelis yang hebat dengan kupasan-kupasan isu semasa dalam menerang dan memperbetulkan tohmahan-tohmahan dari pihak pembangkang (Pakatan Rakyat) telas diterangkan dengan teliti oleh Sdr. Halim Tuah (Unit Pidato Pemuda UMNO Malaysia), Sdr. Nashrul Hisham (Unit Pidato Pemuda UMNO Malaysia), Sdr. Shaiful Hazizy (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok, Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia) dan pemidato utama, Sdr. Lokman Noor Adam (EXCO Pemuda UMNO Malaysia, bekas SU Pemuda Keadilan Malaysia & bekas Ahli Majlis Tertinggi Keadilan). Majlis juga telah disisip dengan penyampaian borang keahlian ahli baru UMNO yang diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Merbok, Dato’ Tajul Urus.

Program ini akan diteruskan lagi dari masa ke semasa dalam menangani isu-isu yang diketengahkan oleh pihak pembangkang. Syabas kepada semua yang hadir dan menjayakan program yang penuh bermakna ini. Hidup UMNO!!

Kejohanan Futsal Tertutup DUN Tg Dawai

Posted in Sukan/Rekreasi on 28 Mac 2010 by pemuda merbok

27 Mac, Kejohanan Tertutup Futsal peringkat DUN Tg Dawai telah berlangsung dengan meriah sekali dengan berjaya mengumpul penyertaan sebanyak 32 pasukan. Dijalankan dengan format liga kalah-mati, bermula seawal jam 9:00 pagi dan berakhir pada 6:30 petang. Dimenangi oleh pasukan Gracia A yang mengalahkan pasukan Haikal A. Tempat ketiga dimenangi oleh Gracia B dan tempat keempat oleh Sg Pial. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok, Sdr Annuar Ahmad.

Pemuda Prihatin

Posted in Lawatan kerja & Kebajikan on 27 Mac 2010 by pemuda merbok

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok yang juga merangkap sebagai Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia, Sdr Shaiful Hazizy, melawat keluarga pemuda cawangan Kg Rusa, Sdr Ishak. Beliau kini menderita penyakit kronik -barah tulang, dan mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang. Sdr Shaiful juga telah menyampaikan sumbangan keperluan harian & wang tunai.